Sabtu, 28 Mac 2009

lyarilah website ini penuh dengan laman minda

lawatan yang bakal
dikunjungi. Perjalanan lebih 5000 kilometer dari bumi Syam ke tanah Anatolia hingga ke Golden Horn Istanbul di benua Eropah.
I s t a n b u l
Melawat masjid terunggul dalam sejarah Istanbul iaitu Masjid Sultanahmet atau lebih dikenali
dengan Masjid Biru. Melihat kesan kehebatan Islam pada Agya Sofya yang pada asalnya
sebuah gereja yang dijadikan Masjid pada era Mehmet Aga. Melawat Istana Topkapi yang
menjadi Istana utama Sultan Uthmaniah sehingga abad ke-19. Turut dilawati Makam-Makam
Sultan Uthamaniah di Cembelitas dan Sultanahmet. Ke daerah Fatih untuk menziarahi Makam
Sultan Muhd Fatih yang membuka Konstantinople juga ke daerah Eyyup menziarahi Makam
sahabat Mahmud Al-Ansari. Menikmati Sandwich Ikan Bakar di Eminonue dan membeli belah di
Kapili Carsi (Grand Bazaar) dan Misri Carsi (Spice Bazaar). Menaiki feri menyelusuri selat
Bosphorus yang memisahkan benua Asia & Eropah
H a t a y & A d a n a
Menziarahi Makam Nabi Yunus, Nabi Yahya, Nabi Sham’un & Syeikh Habib An-Najjar di Masjid
Habibinajjar, Antakya. Berada di Adana merupakan bandar ke-4 terbesar di Turki. Melawat
Roman Stone Bridge dan Masjid Mamluke (Grand Mosque Adana). Turut dilawati ialah
Madrasah RamazanOglu yang di bina sekitar tahun 1513 masihi.
K a p a d o k y a
Pengalaman menarik meneroka bumi Kapadokya. Rumah-rumah gua pada batuan kesan lava
gunung berapi kuno di wilayah Nevsehir dengan mejelajah beberapa daerah kecil antaranya
Goreme (Open Air Museum), Uchisar, Urgup dan Zelve. Berpeluang melihat sendiri bagaimana
tembikar tradisional Turki dihasilkan berhampiran perkampungan di Sungai Kizil (Sungai Merah),
Avanos.
HATAY – ADANA – KONYA – BURSA – ISTANBUL – KAPADOKYA – NIGDE – AKSARAY
Bonus!! - ALEPPO - HAMA
K o n y a
Menjejaki kesan sejarah Seljuq, bandar yang diberi jolokkan bandar Islam di Turki.
Melawat Makam & Muzium Mevlana Jalaluddin Ar-Rumi pemerintah Seljuq yang
dikaitkan dengan Tarian Sufi (Darvish Whirling Dance). Melihat senibina Islam yang
hebat di beberapa buah masjid antaranya Sarafettin Camii, Aladdin Kaykubad Camii,
Aziziye Camii. Turut dikunjungi Muzium Artifak Kayu & Batu dan Konya Carsi.
B u r s a
Bandar diasaskan kerajaan Turki Uthmaniah. Terkenal dengan Kozahan iaitu Pasar
menjual kain sutera yang dibina sejak 1491. Melawat Masjid dan Makam Ozhan Ghani
serta Ulu Camii Bursa. Menaiki Teleferik Cable Car ke Sariyalan & Kadiyayla di Gunung
Dag dengan pemandangan indah Laut Marmara dan bumi Bursa-Yalova.
A k s a r a y & N i g d e
Tasik Garam di Aksaray & Muzium Aksaray. Melawat Egri Minare yang diberi jolokkan
‘Turkish Tower Of Pisa’. Bandar Nigde yang pernah dikunjungi oleh Ibnu Battuta. Ziarah
Sungurbey Camii, Aladdin Camii dan Kota Nigde yang runtuh ketika peperangan Mongol
dan Komagnolu. Pengembaraan dari Aksaray ke Nevsehir melalui Uzun Yol merupakan
salah satu jalan perdagangan silam tertua menghubungkan Konya, Sivas ke tanah Parsi
(Iran).
USD 690
Harga Pakej Termasuk
Pengangkutan bas pelancongan kelas 3 bintang
sepanjang lawatan,Hotel/Hostel penginapan yang
selesa,Makan 3 x sehari (Breakfast/Lunch/Dinner),
tiket Feri selat Bosphorus/Cable Car Uludag,
Tour Guide…
Harga Pakej tidak termasuk
Bayaran Tiket Masuk ke Lokasi Lawatan, Cukai
keluar negara Jordan/Syria , Lain-lain yang tidak
dinyatakan..
Daftar secara online atau hubungi wakil kami untuk
mengesahkan seat anda. Tempat adalah terhad!.
Pendaftaran ditutup sebelum 05 Mei 2009. Hubungi
kami di www.hztours.com
Wakil di Irbid :
Nur Hazwani (2nd Year JUST)- 0776976984
YM : wani_1706
Wakil di Mu’tah, Amman, Mafraq :
Zaid Anuar – 0777184339
YM : eastkiev
Luar Jordan :
Hazimin Sulaiman – +6017-4219190
YM : habbannakah
S Y R I A - H a l a b & H a m a
Pihak penganjur turut menyusun lawatan di hari terakhir trip ke
Halab & Hama, Syria.
Membeli belah di Souq Madinah Halab dan berpeluang melawat
Kota Halab yang menempatkan Makam Nabi Khidir, Masjid Nabi
Ibrahim dan Istana Salahuddin. Menziarahi Makam Nabi Zakaria
a.s di Masjid Amawi Halab. Berkunjung ke bumi Hama untuk
melihat kesan Kincir Air Berusia 600 tahun ketika era Mamluke.
16th-24th JUNE 2009
HIGH SEASON
www.hztours.com