Sabtu, 20 Jun 2009

selesema babi



WABAK H1N1 (SELESEMA BABI)
1.Apa Itu Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol. Cuba kita lihat lapora terbaru daripada who mengenai masalah selesema babi(H1N1). Lebih 10,200 jangkitan di seluruh dunia, Taiwan lapor kes pertama GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi wabak flu H1N1, sedang jumlah jangkitan menghampiri angka 10,000 orang di seluruh dunia. Encik Ban berkata wabak flu sebelum ini biasanya bermula sederhana tetapi boleh menjadi buruk. 'Namun dalam menghadapi keadaan seperti ini kita mesti tenang dan sentiasa berjaga-jaga,' katanya semasa berucap dalam perhimpunan PBB...

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Untuk orang MUSLIM TIDAK. Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

��Jika anda batuk atau bersin:-Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

��Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

��Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

��Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

��Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

��Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

CARA TERBAIK BAGI SEORANG MUSLIM MENGHINDARI MASALAH SELESEMA BABI

Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Justeru,marilah kita sama mengamalkan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita.Semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dan terpelihara dari wabak ini.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain. Secara hakikatnya semuanya datang daripada Allah maka hendaklah kita memohon pertolongan kepada Allah kerana Allah jualah tempat kita kembali meminta pelindungan daripadanya, ingat Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang berbunyi begini(ingatlah pada aku maka aku akan mengingatinya dan bersyukurlah kepada aku dan jangan kamu menjadi kufur keatas nikmat ku) ingat ini adalah janji Allah kepada kita selaku orang islam maka selalu kita mengingati Allah dan sentiasa bersyukur kepada Allah dan jangan sesekali kita kufur kepada pencipta kita. Sesungguhnya wabak itu merupakan balasan kepada siapa yang inkar kepada perintah tuhan .

Sumber : Sebaran Internet
Lihat malumat terkini mengenai masalah selesema babi@ flu H1N1.
H1N1 flu spreads to Taiwan, Kuwait, Iceland - WHO


GENEVA (Reuters) - The World Health Organisation said on Monday the H1N1 flu strain has spread to Taiwan, Kuwait, Iceland, Switzerland and Honduras, but with still few deaths outside of Mexico. In its latest...
H1N1 flu infects 13,000 people in 46 countries: WHO

H1N1 flu infects 13,000 people in 46 countries: WHO GENEVA - The World Health Organization said on Tuesday that nearly 13,000 people have been confirmed infected with the new H1N1 flu strain but the number of...
H1N1 flu infects 13,000 people in 46 countries - WHO

GENEVA (Reuters) - The World Health Organisation said on Tuesday that nearly 13,000 people have been confirmed infected with the new H1N1 flu strain but the number of countries affected is stable at 46. In...
WHO to declare A(H1N1) pandemic

The WHO held an emergency swine flu meeting yesterday and was likely to declare the first flu pandemic in 41 years as infections climbed in the US, Europe, Australia, South America and elsewhere. Health...
UN health agency chief puts Southern Hemisphere on alert for A(H1N1) virus

A swab test for A(H1N1) virus in Mexico City, Mexico22 May 2009 – Health authorities around the world need to be vigilant as the influenza A(H1N1) virus meets seasonal flu viruses flowing through the yet...
A (H1N1): Six more deaths in Mexico

MEXICO CITY: Mexico has confirmed six more deaths from the A (H1N1) virus bringing the total death toll to 103 nationwide. The Health Department says 5,563 people have been sickened across Mexico, including...
WHO calls H1N1 emergency meeting

The World Health Organisation (WHO) has called an emergency meeting in a sign that it may declare the H1N1 flu outbreak a pandemic – the first in more than 40 years. The UN health agency announced that an...
2 H1N1 cases on way the to recovery -- DoH

MANILA, Philippines -- The two confirmed cases of Influenza A(H1N1) virus in the country appeared to have fully recovered, Health Secretary Francisco Duque III announced on Monday. The two cases are a...
2 H1N1 cases on the way to recovery -- DoH

MANILA, Philippines -- The two confirmed cases of Influenza A(H1N1) virus in the country appeared to have fully recovered, Health Secretary Francisco Duque III announced on Monday. The two cases are a...
Philippines confirms second H1N1 case

Most Read News Philippines confirms second H1N1 case 'Repeat of Marcos-era takeover' Mancao all set to return Pacquiao, Estrada meet and talk politics World's rarest deer still roam Negros Mancao's affidavit:...
S'PURA CEKAP SEBAB IKUT GARIS PANDUAN WHO

Saintis sosial dapati cara Republik tangani Sars turut dimanfaat dunia Oleh Nizam Ismail SINGAPURA dapat memberi respons yang pantas dalam menangani wabak flu H1N1 kerana ia mengikut garis panduan yang...
TIGA PEKERJA KAPAL PESIARAN AUSTRALIA DIJANGKITI

Kes terbaru memaksa kapal singkatkan tempoh pelayaran bagi dapatkan bantuan perubatan CANBERRA: Sebuah kapal pesiaran yang membawa 2,000 penumpang terpaksa memendekkan jangka pelayarannya dan akan menuju ke sebuah pelabuhan Australia untuk mendapatkan bantuan perubatan selepas tiga kakitangannya didapati dijangkiti virus H1N1 semalam, kata seorang pegawai kesihatan. Menteri Kesihatan Australia, Cik Nicola Roxon, juga mengumumkan bahawa negara itu telah mengarahkan vaksin flu yang mencukupi bagi...
LEBIH 2000 ORANG DIARAHKAN UNTUK DIKUARANTIKAN

Lebih 2,000 penumpang kapal persiaran diarahkan untuk kuarantin diri mereka selama seminggu selepas dua kanak-kanak di kapal itu disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1). Dua kanak-kanak berusia lima tahun warga Australia itu tiba di Sydney kelmarin selepas mengikuti pelayaran Pasifik Selatan. Para penumpang kapal itu diminta agar kuarantin diri mereka di rumah atau di hotel. Sejauh ini, Australia melaporkan...



maklumat lanjut tentang isu ini sila rujuk alamat dibawah :
1. wikipedia
2. World Health Organization (WHO)
3. Influenza A (H1N1)
4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)