Rabu, 15 Julai 2009

PADA ANDA SIAPA PILIHAN ANDA???



Buat pertama kalinya ingin saya ucapkan salam kepada seluruh warga mu'tah yang sedang sibuk dengan pilihan raya kampus yang bakal berlansung pada 18hb 7-2009 yang pasti jawapan telah pun anda berikan dan penentunya adalah pada tarikh yang saya nyatakan tadi...maka disini saya tertarik dengan pilihan raya kali ini walaupun tidak nampak sengit tetapi disebalik tabirnya kempennya terlalu hebat sehinggakan orang dikempen tak sedar beliau dikempen hahah itulah yang seronoknya pru dimu'tah yang mana takkan dapat di Malaysia ataupun dimana mana tempat. Baik disini saya agak berminat nak mencetus beberapa fikrah sebagai seorang pengundi sememangnya calonnya dirahsiakan dan bagi saya itulah seharusnya sebagai seorang pengundi yang bijak tatkala memilih calon pilihannya..

Baik disini saya ada beberapa persoalan yang menjadi tanda soal bagi para pengundi untuk saya cetuskan pertamanya adakah calon anda yang terbaik dalam menerajui kepimpinan permata bagi sesi 2009/2010?
Maka dengan itu seharusnya kita melihat beberapa kretiria yang perlu ada bagi seseorang pemimpin yang kita pilih dan bakal merajui kita dalam memantapkan sistem pentadbiran permata pada tahun 2009/2010......maka disini saya ada beberapa pandangan yang saya tidak pasti samaada bernas atau tidak anda sebagai pembaca yang layak menentukan . baik pada saya sesorang pemimpin yang saya fikirkan pada situasi kita sekarang ini adalah seseorang pemimpin yang pertamanya sudah pasti beliau bijak dan berilmu dan itu bagi mana mana pemimpin sememangnya perlu ada, tetapi disini saya melihat beberapa kritiria tambahan yang perlu kita lihat dan kita fikir adakah ia sesuai dalam keadaan kita hari atau pun tidak. maka anda sebagai pengundi berhak menentukan dan saya juga ada beberapa kritiria yang saya letak bagi calon pilihan saya dalam menentukan undi saya semoga pilihan adalah tepat. Maka dengan itu saya telah meletakkan beberapa kritiria kritiria yang sepatutnya seperti tertera dibawah....

  1. ramah
  2. mudah bergaul
  3. hati terbuka
  4. sabar
  5. periang
  6. tegas
  7. aktif bersama pelajar
  8. bertangungjawap
  9. amanah
Maka kretiria kretiria itulah yang menjadi pilihan saya dan bagi anda terpulanglah untuk memilih calon pilihan anda dan saya hanyalah meletakkan ciri ciri pilihan saya yang mana perlu ada bagi seorang calon pilihan saya maka seperti yang saya nyatakan tadi jawapan adalah ditangan anda dan anda sebagai pengundi berhak menentukan presiden anda dan disni ada beberapa nasihat iaitu jangan kita jadi pakturut dan seharusnya dalam meletakan keputusan perlulah kita berfikir dengan lebih matang dan bijak memilih....dengan itu pilihan anda adalah penentu kematangan pentadbiran permata 2009/2010...

Jesteru dengan itu saya disini ingin memohon maaf andai tersilap kata didalam post saya ini dan saya hanyalah menulis seperti yang saya fikirkan dan saya tidak hendak berkempen tetapi hanya sebagai buah fikiran terpulanglah kepada mana mana pembaca untuk menilainya dan bagi saya pilihan anda adalah yang terbaik dan kalau ada beberapa cambahan minda boleh berkongsi dengan saya sekian....


PERMATA MATANG 2009/2010,
MOGA KITA MENIKMATI PENTADBIRAN YANG BERKAT....