Ahad, 24 Mei 2009

secebis peringatan..

Tatkala aku berjalan meniti ruangan hidup ini yang penuh dengan pelbagai kisah yang tersimpam dikalbuku.....tika mana aku termenung dijendela melihatkan hembusan angin yang bertiup kencang menghemburi pasir dibumi gersang yang agak sejuk dengan curahan angin yang melimpahi diriku yang bertalu talu menyaluti aku ketika mana aku sedang sibuk melayan dek kerenah angin yang nakal itu,mata aku termenung tajam melihatkan sekeliling rumah aku yang penuh dengan pelbagai kisah yang tersurat di kalbuku selama beberapa bulan aku berada bumi para ambiya dan sahabat dan kini hampir genap setahun aku berada disini meniti jalan-jalan yang penuh dengan dedebu pasir yang beterbangan menghemburi tubuh badan ku disegenap penjuru arah.

Dalam asyik aku melayan kerenah alam semula jadi disekelilingku, tiba-tiba teringat akan pesan atuk aku ketika mana aku berada DiMalaysia dahulu beliau pernah mengatakan kepada aku 'beringat taufiq dekat sana tak ada orang nak jaga, kena pandai berdikari datang negara orang ada macam-macam orang yang kita tak kenal ada macam-macam orang taufiq akan jumpa nanti ingat hati-hati nanti bila ada kat tempat orang nanti kita ni kenala rajin besabar jangan cepat marah kawal perasaan tu buang segala sifat burut kita kat sini dah jangan fikir dah benda benda yang tak berfaedah kelak jadila orang bertangungjawap dalam agama dan jangan sesekali kita kita derhaka pada Agama kita ni seharus kita yang kena jadi pembela kepada agama kita dan ingat pesan tokwan ni kita orang agama kenala jaga peribadi kita ni elok elok jangan lupa mak ayah kita kat sini rajin-rajinla berdoa kat depa berdua tu dan jangan sesekali kita tinggal solat lima waktu dan rajin-rajin la kita buat solat sunat dan amalan amalan sunat dan pergi negara orang ni kenala rajin belajar kutiplah sebanyak mana ilmu yang boleh dan jangan cepat merajuk kat ilmu, ingat kita kena tengok cara musang cari makan bila musang tengaok pokok tu banyak buah dia pun cari lubang lepas tu dia panjat kot lubang tu sampai kedahan dan dia makan sampai besar sehinggakan nak turunpun tak boleh pasai nak turun tak boleh pasainya waktu dia panjat badan dia kecik ja dan waktu dia nak turun tu badan dia dah besar itu sebab badan dia tak muat nak masuk dalam lubang untuk turun kebawah dan apa yang tokwan nak kata ni apa yang dikiaskan musang tu kita, yang dikiaskan pokok tu sesuatu tempat atau sesuatu sekolah dan apa yang disebut buah itu adalah ilmu maka kalau digabung kan ketiga tiga perkara itu adalah bermaksud kita ini bila bila hendak kesuatu untuk menuntut ilmu maka tuntutlah sehabis habisnya jangan kita leka dengan keadaan sekeliling ianya akan membuatkan kita rugi jadi kita kena la tamak pada ilmu untuk kita isi'kata kepada aku.

Dari natijah itu aku mula termenung sejenak dengan kata kata tokwan kepada aku dengan istilah yang dia yang dia beri kepada aku itu ialah mana taknya aku memikirkan tentang keadaan aku sekarang yang sedang leka dengan perkara yang membuatkan aku terlupa akan pesan atuk aku itu jadi disini telah menjadi kewajiban aku untuk melaksanakan tangung jawap aku sebagai orang yang menuntut ilmu Agama ini dengan apa yang aku belajar supaya aku menjadi orang yang bertanggungjawap terhadap agama...

sedikit perkara yang perlu aku aambik perhatian adalah tanggungjawap aku sebagai seorang yang diberi amanah untuk menuntut ilmu Allah taala dan menyampaikannya kepada hamba hamba Allah yang memerlukan dalam memperbetul akidah ummat islam pada zaman sekarang ini....sekian wassalam