Rabu, 29 Julai 2009

LIHATLAH KEBENARAN RASULLULLAH..

seperti pos yang lalu telahpun diceritakan mengenai kejayaan sultan muahammad al-fateh dengan menawan kota konstatinople yang mana nabi telah bersabda sewaktu perang khandak. Dan kali ini post saya mengenai palestin yang mana sudah menjadi sebahagian hidup kita untuk mempertahankannya palestin sepertimana yang tertera didalam hadis rasullullah (SAW)..
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya Di mana mereka itu?
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya ..

Dengan hadis ini kita dapat melihat bagaimana semangat perjuanggan yang ditunjuk oleh rakyat palestin sekarang ini walaupun mereka diperlakukan pelbagai kezaliman namun semangat mereka tak pernah luntur dan mereka tak pernah tunduk walaupun sedikit kepada israel dan zionis,memang benarlah sabda rasullullah bahawa akan sentiasa wujud sekumpulan daripada umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh..

Dan lihatlah perjuangan sepertimana yang ditunjuk oleh para pejuang islam yang berada dibumi Al-quds mereka tak pernah putus asa walaupun diperlakukan dengan pelbagai masalah dan mereka juga dianggap penganas padahal mereka hanyalah mahu membela negara mereka namun mereka digelar sebagai terorrist dimanakah keadilan dunia ini yang menjadi semakin zalim dan hilang sifat kemanusiaan melihatkan kekejaman zionis yang semakin mengila hanya dibiarkan begitu sahaja, jika ditanya dimanakah pemimpin islam namun semuanya menyepikan diri takut untuk bangun untuk membela nasib umat islam di palestin..

Namun begitu semangat mereka tak pernah kurang dan tak pernah lemah dan mereka semakin tabah untuk menhadapi musuh walaupun masih ramai golonggan munafik yang bersekonkol untuk menjatuh mereka namun semangat juang mereka masih kuat dan tak pernah mengaku kalah walaupun dilabelkan dengan pelbagai istilah, memang benarlah sabda nabi muhammad (SAW) bahawaTidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Dan ini merupakan anugerah Allah kepada mereka untuk dipertunjukkan kepada zionis bahawa mereka tak pernas berputus asa walaupun pelbagai ancaman yang mereka hadapi walaupun perit .....

berjuanglah wahai saudaraku...
perjuanggan mu sentiasa ditemani oleh kami..
walaupun kami tak dapat bersama kamu..
namun ruh kami sentiasa bersama kamu untuk berjuang..

berjuanglah wahai saudaraku walaupun perit..
walaupun pemimpinmu menjadi boneka..
janganlah sesekali kamu putus asa..
doa kami disini sentiasa kami panjatkan..

yakinlah pertolonggan Allah sentiasa bersama perjuangan mu..
kami disini sentiasa akan membantu..
doalah untuk kami disini untuk bersama..
membawa panji panji islam datang untuk menegakkan kebenaran..

wahai saudaraku walaupun perit..
bersabarlah engkau atas apa yang menimpa kamu..
kami disini juga mahu membela..
dan panjatkanlah doa kau disana semoga kami disini syahid bersamamu..

sesungguhnya ditangan mu hanyalah batu namun batu yang kau lontarkan itu
bagaikan peleru yang yang tiada tandingnya dan doa kami sentiasa menemani kalian untuk berjuang..beringatlah jangan sesekali putus asa tak lama lagi daulah islamiyyah pasti akan wujud.....seperti datangnya kami dengan tentera tentera Al-Fateh dan sholahuddin al-Ayyubi
bersabarlah.....

dengarlah lagu ini semangat perjuangan kita akan bersama mereka


mereka selalu ingin kematian
mereka berdiri menhadang buldozer yang
yang akan menhancurkan
bangunan sehingga rata dengan tanah
walaupun mereka dikepung,
pemuda-pemuda itu akan datang secara suka rela
mereka tahu bahawa perjalanan panjang ini
bermula debgan takbir dan batu
mereka tidak mempunyai satu senjatapun kecuali iman
yang mengamanahkan bumi Al-Quds ini kepada mereka
yang pernah disirami darah segar para pembela sejati
seperti Shalahuddin al-Ayubi dan Umar r.a..

8. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji,

وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya Di mana mereka itu?
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya
sabda nabi lagi oleh abu daud bahawa golongan ini akan tetap menegak kebenaran
sehingga pejuang terakhir dikalangan mereka akan
menentang Al-Masih,ad-dajal,Ad-dajal,ad-dajal.....