Isnin, 11 Oktober 2010
Isnin, 26 Oktober 2009
TATKALA HATI INI BERBICARA..
"semalam telah pun berlalu hari esok bertemu lagi" bertapa ruginya seorang manusia yang menghabiskan masanya dengan hati yang sentiasa leka,amal yang rugi,hati yang tidur ,jiwa yang asyik,akal yang malap dan mulut yang tak reti bersyukur...
"MANUSIA" mengapa manusia ini wujud ? diri yang sentiasa lupa,hati yang kufur,jiwa yang gelap, mulut yang berat, mata yang tertutup !!!!! kalau tugasnya untuk melakukan perkara yang kufur,perosak,membunuh,pelupa,pemalas,penyusah,pencuri,penganas,memfitnah,tamak,angkuh,
sesat,riya',jahil,....."MENGAPA ?" apakah yang anda lihat ? apa jawapan anda ?kalu bukan anda itu seorang yang tak kenang budi bila diberi nia'mat, apa yang anda rasa ? dalam sehari berapa kali anda bernafas,dalam sehari berapa patah perkataan yang anda ungkap,dalam sehari berapa kali anda bergerak????? namum dalam sehari berapa kali anda menyebut namanya,mengingatinya,beryukur padanya....BERAPA KALI anda sebut daalam sehari? setimpalkah dengan jumlah udara yang anda sedut, jumlah perkataan yang anda sebut , jumlah pergerakan yang anda lakukan....
"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib"
wahai saudaraku yang budiman tatkala hati berbicara sudah pasti pelbagai cakna yang dicetuskan didalam jiwa kita yang sentiasa merenung, kadang kala berbicara dihati kecil ini tatkala akal mula berfikir jiwa yang mula merasa hati yang merenung, mata yang kagum, betapa beruntungnya kita ini dilahirkan sebagai manusia dan betapa bersyukurnya kita kepada Allah kerana kita ini dilahir sebagai manusia. Bukannya lembu,kambing,pokok,cacing dan sebagainya.
namum beringatlah kita sebagai manusia ini bukan untuk diagungkan sebenarnya kita ini dibebankan dengan AMANAH dan tugas yang berat. yang pasti bila kita gagal melaksanakannya
maka padahlah yang menanti kita, pernah saidina Abu Bakar As-Siddiq berkata " Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah "beringat wahai saudaraku basahilah bibir anda dengan zikir ringankanlah tubuh anda dalam amal kebajikan,tadahlah tangan anda supaya jauh dari segala fitnah dunia yang sentiasa melanda pada kita supaya hati sentiasa thabit kepada Allah dan diberikan i'anayahnya kepada kita yang
sentiasa mengingatinya.
kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga
kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat
keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “
apabila dia memang tidak tahu "
prinsip yang sentiasa tergadai kerana fitnah dunia, kalam yang batil kerana hati yang tamak, ilmu yang tercemar kerana pangkat, hati yang sentiasa dihurung dengan titik titk hitam yang tak bernoktah.
" Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
-Al-Ahnaf bin Qais-
" hatta hati berbicara memuhasabah diri yang penuh dosa, di saat manusia memohon keampunan " disaat sakkaratul maut datang menghampiri kita disaat rumah kata pergi kubur kata datang "
adakah ketika itu kita berazam untuk insaf ? sedarlah dunia sebagai tempat untuk sementara bukan hak milik kekal.
kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya
melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang
yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang
telah mati"
From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Masih belum sempurna...
Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...
Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna...
Jumaat, 18 September 2009
ramadhan
Namun pemergian ramadhan kali ini amat terasa dihati kecil ini ramadhan yang datang pada tahun ini datangnya dengan penuh rahmat dan gibrahnya .. Ya Allah aku sedih Ya Allah sesungguhnya ramadhan kau kali ini benar benar membawa aku lebih dekat dengan kau Ya Allah ..sesungguhnya hatiku terasa cintakan kau hatiku benar-benar rindu pada kau Ya Allah ...Ya allah kau datangkanlah pada aku seperti hari hari yang aku lalui di bulan ramadhan kali semoga diriku ini terus menperhambakan diri ini kepada kau Ya allah dengan lebih tawadhok dan lebih khusyuk Ya Allah sesungguhnya hati ini terasa sebak tak sanggup aku hadapi hari hari yang biasa yang penuh dengan cabaran dan dugaanmu ya Allah kau teguhkan hati dan jiwa hambamu yang lemah lagi tak bermaya ini pada kau sahaja aku memohon ,dan pada segalanya aku bergantung harap ,tiaada lagi tempat yang layak untuk mengadu melain kau Ya Allah rindunya hati ini pada kau kau bukakan lah pintu hatiku dan futuh semoga aku dapat melihat akan kekuasaan kau ya Allah betapa sebaknya hati ini , aku benar benar sedih akan kepergian ramadhan yang datang pada diri dengan penuh rahmatmu...
Ya Allah kau jadikan aku kader Agama yang benar benar ikhlas Ya Allah untuk terus berjuang seperti mana rasullullah dan para ulama' yang terdahulu dan sekarang ..ya Allah betapa syahdunya hati ini Ya Allah ...hanya kau sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai ini
Ya Allah kau jadikan aku seorang kader yang benar benar ikhlas ya Allah ....aku mahukan keredhoan padamu sahaja mu sahaja ...kau peliharakan;lah aku dari kejahatan dan permainan yang melalaikan ku ini untuk mengingati mu Yaallah. Kaulah tempat aku bergantungharap Ya Allah
Rabu, 19 Ogos 2009
ramadhan kini tiba semula...
Persoalannya sejauh manakah kelainan dan perubahan yang bakal dibawa pada Ramadhan pada kali ini. Adakah sama natijah seperti tahun-tahun yang lalu?.semoga natijah pada Ramadhan kali ini membawa satu perubahan dan hasil yang lebih bernilai dari tahun-tahun yang lepas untuk sama-sama kita rasai dengan dasar ketakwaan kita dan rasa rendah kita kepada Allah yang maha berkuasa dan maha pengampun kepada hamba-hambanya yang hatinya yang sentiasa terbuka pada bulan Ramadhan pada kali ini..
seperti bulan-bulan Ramadhan yang lalu telah banyak mengajar aku tentang kesabaran dan pelbagai cabaran dan peristiwa yang aku lalui namun ramadhan aku pada kali tidaklah sama seperti ramadhan pada tahun-tahun yang lepas,tetapi pada kali ini ramadhan yang bakal aku tempuhi mungkin agak pahit sedikt berbanding bulan-bulan Ramadhan yang bakal ku sambut tanpa kehadiran kedua orang ibu-bapaku mungkin agak juga disini namun begitu aku lalui de ngan perasaan yang tabah dan penuh dengan kesabaran dan disini aku berharap agar kedua orang tuaku rasa terhibur walaupun ramadhan aku pada kali ini tidak menyaksikan akan kehadiran ku bersama mereka untuk bulan ramadhan pada kali ini.
Disini aku sertakan sebuah lagu yang sedikit sebanyak mengimbas kembali peristiwa-peristiwa ramadhan yang lepas. Aku juga mengharapkan satu semangat baru dan azam yang yang baru untuk menemani kita dalam mengharunggi Ramadhan pada kali ini.....
lirik lagu
tajuk:harapan ramadhan
ku menharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
selangkah demi selangkah setahun sudahpun berlalu
masa yang pantas berlalu hingga tak terasapun
berada di bulan ramadhan semula.
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
puasa satu amalan sebagai mana yang diperintahkan
moga dapatku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti henti
ku mengharap ramadhan kali ini penuh makna2
agar dapat ku lalui dengan sempurna
tak ingin ku biarkan ramadhan berlalu saja
tuhan pimpin lah daku yang lemah ini
menharunggi segalanya dengan sabar
ku mengharap ramadhan kali ini penuh makna
ku mengharap ramadhan kali ini penuh makna
ku mengharap ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat aku lalui denjgan sempurna
ku memohon pada tuhan diberikn kekuatan
ku merayu pada tuhan diterima amalan..
selangkah demi selangkah dengan rahmatmu
kutempuh jua..........
dan sini ada sebuah lagu lagi
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan
Indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan
Lapar dan dahaga
Lalu di manakah puas kita
Adakah masih ditahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara
Ketika berthmid, nertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahuwalillahillam......
Rabu, 29 Julai 2009
LIHATLAH KEBENARAN RASULLULLAH..
Maksud hadis:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya Di mana mereka itu?
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya ..
Dengan hadis ini kita dapat melihat bagaimana semangat perjuanggan yang ditunjuk oleh rakyat palestin sekarang ini walaupun mereka diperlakukan pelbagai kezaliman namun semangat mereka tak pernah luntur dan mereka tak pernah tunduk walaupun sedikit kepada israel dan zionis,memang benarlah sabda rasullullah bahawa akan sentiasa wujud sekumpulan daripada umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh..
Dan lihatlah perjuangan sepertimana yang ditunjuk oleh para pejuang islam yang berada dibumi Al-quds mereka tak pernah putus asa walaupun diperlakukan dengan pelbagai masalah dan mereka juga dianggap penganas padahal mereka hanyalah mahu membela negara mereka namun mereka digelar sebagai terorrist dimanakah keadilan dunia ini yang menjadi semakin zalim dan hilang sifat kemanusiaan melihatkan kekejaman zionis yang semakin mengila hanya dibiarkan begitu sahaja, jika ditanya dimanakah pemimpin islam namun semuanya menyepikan diri takut untuk bangun untuk membela nasib umat islam di palestin..
Namun begitu semangat mereka tak pernah kurang dan tak pernah lemah dan mereka semakin tabah untuk menhadapi musuh walaupun masih ramai golonggan munafik yang bersekonkol untuk menjatuh mereka namun semangat juang mereka masih kuat dan tak pernah mengaku kalah walaupun dilabelkan dengan pelbagai istilah, memang benarlah sabda nabi muhammad (SAW) bahawaTidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Dan ini merupakan anugerah Allah kepada mereka untuk dipertunjukkan kepada zionis bahawa mereka tak pernas berputus asa walaupun pelbagai ancaman yang mereka hadapi walaupun perit .....
berjuanglah wahai saudaraku...
perjuanggan mu sentiasa ditemani oleh kami..
walaupun kami tak dapat bersama kamu..
namun ruh kami sentiasa bersama kamu untuk berjuang..
berjuanglah wahai saudaraku walaupun perit..
walaupun pemimpinmu menjadi boneka..
janganlah sesekali kamu putus asa..
doa kami disini sentiasa kami panjatkan..
yakinlah pertolonggan Allah sentiasa bersama perjuangan mu..
kami disini sentiasa akan membantu..
doalah untuk kami disini untuk bersama..
membawa panji panji islam datang untuk menegakkan kebenaran..
wahai saudaraku walaupun perit..
bersabarlah engkau atas apa yang menimpa kamu..
kami disini juga mahu membela..
dan panjatkanlah doa kau disana semoga kami disini syahid bersamamu..
sesungguhnya ditangan mu hanyalah batu namun batu yang kau lontarkan itu
bagaikan peleru yang yang tiada tandingnya dan doa kami sentiasa menemani kalian untuk berjuang..beringatlah jangan sesekali putus asa tak lama lagi daulah islamiyyah pasti akan wujud.....seperti datangnya kami dengan tentera tentera Al-Fateh dan sholahuddin al-Ayyubi
bersabarlah.....
dengarlah lagu ini semangat perjuangan kita akan bersama mereka
mereka selalu ingin kematian
mereka berdiri menhadang buldozer yang
yang akan menhancurkan
bangunan sehingga rata dengan tanah
walaupun mereka dikepung,
pemuda-pemuda itu akan datang secara suka rela
mereka tahu bahawa perjalanan panjang ini
bermula debgan takbir dan batu
mereka tidak mempunyai satu senjatapun kecuali iman
yang mengamanahkan bumi Al-Quds ini kepada mereka
yang pernah disirami darah segar para pembela sejati
seperti Shalahuddin al-Ayubi dan Umar r.a..
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Maksud hadis:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya Di mana mereka itu?
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya
sabda nabi lagi oleh abu daud bahawa golongan ini akan tetap menegak kebenaran
sehingga pejuang terakhir dikalangan mereka akan
menentang Al-Masih,ad-dajal,Ad-dajal,ad-dajal.....
Selasa, 28 Julai 2009
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH DAN IDEOLOGI PERJUANGAN KITA HARI INI..

Dalam kelekaan aku dalam membelek internnet tiba-tiba terdetik dihatiku tentang sultan Muhammad Alfateh dan aku bertanya kepada hati kecilku siapakah dia mengapa tiba-tiba terdetik dihatiku lalu aku pun searh didalam internet dan bila aku buka baru aku teringat akan kisah sultan muhammad al-Fateh yang mana seorang raja daripada empayar islam uthmaniah yang berjaya menawan kota byzantin pada suatu ketika dahulu yang mana menjadi kubu kuat tentera rom ketika itu. Sebagai tatapan disni ada akuselitkan video mengenai sultan muhammad Al-Fateh hayatilah video ini pasti anda akan bersemangat...
dan disini juga aku menyediakan liriknya juga...
Utusan tuhan bersabda,
Benarkah suatu ketika,
Derapan kuda kan tiba,
Bebaskan tentera diroma.
Tentera Fateh pun datang,
Hadis nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk emas dibantu tuhan.
Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantin gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudahpun tiba.
Lapan ratus tahun penantian,
konstatin akhir ditawan,
Panji islam dikibar hasan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.
Itulah sianak muda,
Beraksi mengegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.
ulang 2kali
wahai saudaraku ini merupakan catatan sejarah yang mana harus kita tanam dijiwa kita bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh berjaya membolosi kota Byzantin yang mana suatu ketika dahulu pernah disabdakan oleh Baginda Rasullullah (SAW)
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)Dan ini merupakan satu kebenaran hadis nabi ketika mana para sahabat sedang menggali parit khandaq dan ianya benar-benar belaku dan menjadi satu sejarah agung bagi umat islam pada hari ini dan kisah ini juga diambil untuk dijadikan satu motivate untuk seluruh umat islam pada hari ini .
Dan jika dilihat sebelum kejayaan sultan muhammad Al-fateh kita dapati sudah beberapa kali percubaan telah dilakukan oleh kerajaan islam sebelum ini sperti kisah seorang sahabat nabi pada zaman kerajaan umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Dan Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Dan akhirnya hadis nabi tercapai juga stelah lapan ratus tahun kemudian oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Dan disini sedikit pengenalan tentang Sultan Muhammad Al-Fateh Dan penawanan kota kostastinople.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
![]()
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Dan kita lihat sedikit sebanyak maklumat tentang pertahanan kota konstaninople..
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
maka dengan itu kita melihatkan satu kebanggaan yang diraih oleh umat islam ketika itu seperti mana yang diakui oleh ahli sejarawan Byzantin (" tidaklah pernah kami melihat atau mendengar hal ajaib ini Muhammad Al-Fateh telah menukarkan darat menjadi lautan melayarkan kapalnya dipuncak gunung dan bukan diombak lautan") dan merupakan satu pencapaian yang amat besar bagi kita umat islam dan ianya adalah satu semangat baru bagi kita umat islam dalam bersatu dan mewujudkan satu daulah sepertimana daulah uthmaniah dan kerajaan sebelum itu, jesteru marilah kita sama sama bersatu dan memacu ummat islam kepada satu gagasan yang mana pernat dimiliki oleh umat suatu ketika dahulu dan kita pasti akan merampas kembali yang mana pernah disabda oleh dabi pada suatu ketika dahulu bahawa "bahawa umat islam akan kembali kuat" seperti mana yang kita ketahui bahawa kita akan dipimpin oleh Al-mahdi dan nabi Isa.
Dan ketahuilah seperti mana bani israel dipimpin oleh para ambiya' ketika mana memasuki palestin dan dijamin kemenanggan oleh Allah dan hari ini kita melihat akan keingkaran mereka kepada Allah dan memusuhi malaikat Jibril A.S dan sesungguhnya bangsa yahudi adalah bangsa yabg hina dan perlu menerima balasan dan bangunlah wahai anak anak islam dalam mengembalikan daulah Islamiyyah dan menawan kemkbali dunia takbeer.......itulah laungan yang bermakna kepada aku dalam mengembalikan daulah islamiyyah seperti suatu ketika dahulu.....
Selasa, 21 Julai 2009
hayatilah....
Gonna go down fightin'
Gonna go down fightin'
'Cause I know that I'm right and
I'm gonna go down fightin' for your love
Well I know what your thinkin'
You got me up against the wall
But the higher that your flyin'
The further down you gotta fall
Now don't you be fooled by my shakin' knees
'Cause I can fight dirty and when I'm scared
I get mean
chorus
Well I know you're thinkin'
That the odds is on your side
But the first thing you gotta learn is
That it just don't come down to size
I can see the seeds of doubt
Begin to grow on your face
If you wanna back down now
You know that's no disgrace
lihatlah video ini
hayatilah sebuah lagu yang berjudul stand up
dan cuba anda dengar lagu ini pula.
Tuntutan Ukhwah
pasti dunia itu tidak tuli
pasti ada yang mendengar tangisan pilu
pasti ada yang sedari prinsip agama
pasti ada yang memainkan peranan
belenggu penjajahan kian larut
perjuangan menuntut hak asasi
bersama seperti satu tubuh
sakit satu anggota sakitlah seluruh
dalam situasi ringan ataupun berat
mengikut kemampuan dan lunas-lunas kanun
seperti satu bangunan
setiap satu menyokong yang lain
asalmu dari mana
singkaplah sejarahmu
apakah kau peka
akan siapa philistines
optimistik! termaktub sudah
(janji tuhan dalam firmannya)
akan datang dua hukuman
(menyuramkan wajah-wajah)
tanah suci tapak sejarah
(pasti akan dimiliki semula)
selera bongkak yang jitu
(sehabisnya binasa)
lihat di sana mereka itu saudara
mereka derita dalam pencerobohan..
Bersiagalah takluki tuntutan intifada
Kerana mati itu pasti
sekarang aanda saksikan sedikit pengenalan mengenai tentera al-qassam
Isnin, 20 Julai 2009
Kategori : ISU SEMASA Politik
| Kategori : ISU SEMASA Politik |
| Tajuk : |
| Pemimpin Cuai, Rakyat Lalai! |
| Hadith : |
| Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6) al-Bukhari , Muslim |
| | |||
|
|
Fenomena kena tindih
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali jugak, masa tu aku sedar boleh bukak mata separuh. Aku tau aku sedar tapi tak boleh gerak. Kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak pastu 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut, memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk jer. Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru lah aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).
Okey, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone)
Ok, otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)
Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni...penat sangat)
4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)
6. Orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Korang lagi hantu sebenarnya......... tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki korang jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki.. bacalah Alhamdulillah!!!!
uji kelajuan menaip anda
Jika kamu masih belum puas dengan keputusannya, kamu boleh mencuba lagi dari masa ke masa. Jika kamu masih tidak biasa dengan sistem sentuhan menaip, kamu digalakkan untuk mempelajarinya dahulu. Oleh itu, kamu tak perlu lagi melihat papan kekunci semasa menaip dan mudah untuk kamu mencapai kelajuan 70 patah perkataan seminit.
Ahad, 19 Julai 2009
sama sama kita renung dan merasainya
Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.
NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.
Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.
Umat Islam harus bersatu!
Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :
Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :
Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?
Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?
Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?
Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!”
Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.
Wahai saudaraku ini bukanlah sekadar penulisan yang sedap untuk dibaca tetapi adalah satu tinta yang mana untuk menyedarkan kita dari tidur dan kelekaan kita dengan dunia pada zaman sekarang, tetapi adalah untuk kemaslahatan saudara saudara kita yang berada di Palestin yang terletaknya Al-Aqsa dimana maruah kita sebagai umat islam sehinggakan melihat bumi yang mana menyaksikan perjuanggan para nabi yang berjuang menyampaikan seruan Allah dan menyaksi kejadian israj mikraj. wahai Saudaraku yang dikasihi beringatlah tatkala kita Di akhir zaman ini yang mana dalam sabda nabi muhammad (SAW) didalam hadis akhir zaman yang berbunyi seperti berikut:
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Maka dengan itu kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana kebenaran sabda Baginda rasullullah dalam menyatakan peristiwa akhir zaman ini. Sebagaimana contoh yang boleh kita lihat bahawa umat islam itu sebagai buih diwaktu banjir yang mana secara tasawwurnya buih itu adalah salah satu objek yang betul-betul belum sempat untuk kita sentuh ianya sudah pecah pada hakikatnya itulah yang dikatakan penyakit wahan seperti mana yang disabda oleh rasullullah sendiri. maka kita lsebagai umat islam diakhir zaman ini perlu mengambik intanbih daripada sabda rasullullah(SAW) sendiri pada hakikatnya kita pada masa kini penakut dan takut pada kematian takut untuk berjuang diatas nama Allah dan jalan agama pada kebenarannya pemikiran umat islam pada hari inin mengambarkan satu kerosakkan yang besar pada jiwa kerana dihan tui oleh penyakit wahan dan sanggup ketepikan Agama dan kepentingan diri sendiri kerana takut untuk berjuang dan sanggup mengadaikan Agama demi kepentingan diri sendiri misalniya pada hari ini kita dapat melihatkann pemimpin-pemimpin dunia Islam pada hari ini tak sanggup untuk bersuara sedangkan hari umat islam sudah ramai menderita seperti di Palestin,umat islam di thailand, umat islam di China dan hari ini kita melihatkan umat islam di Indonesia yang oberlaku pergolakkan Agama yang masih belum dapat diselesaikan. Maka dengan itu timbul beberapa persoalan kepada umat pada hari ini dimanakah pemimpin islam hari ini yang mana mereka mahukan pembelaan namun dimanakah pemimpin islam yang turun untuk bersama menegakkan kebenaran dan memnberikan pembelaan kepada umat islam pada hari yang mana kita berbahagia dngan kehidupan kita dalam mencari harta dunia takada perasaankah kita melihat penindasan yang berterusan oleh pihak zionis terhadap Palestin,penganiayaan yang dibuat tanpa belas kasihan yang berlaku diselatan thailand seperti mana kes di Ta'bai,dan pembunuhan beramai-ramai dimasjid Al-Furqan narathiwat ketika mana umat islam ketika itu sedang menunaikan solat isyak berjemaah pada pukul 8mlm dimana kejadian itu melibatkan 10 jiwa islam yang dikorbankan ketika menunaikan solat.
wahai saudara seislamku lihatlah betapa dasyatnya kezaliman orang orang kafir terhadap orang islam seperti apa yang disabda oleh muhammad(SAW) sendiri iaitu "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".sekarang ini benar-benar kita menyaksikan kebenaran hadis rasullullah(SAW) dan hari kita hanya pandai bercakap namun tindakannya tiada hanya sebagai penyedap bicara dalam berbual masalah umat islam pada hari ini hanya sekadar mengaburi mata mata umat islam sahaja namun pada hakikatnya siapa yang tahu derita umat islam pada ketika ini yang kehilangan ayah,anak,ibu dan saudara mara tapi apakah daya hari ini kita melihatkan takutnya pemimpin dunia islam dalam bersuara lihatlah seperti mana suara seorang anak palestin dan sama-samalah kita merenung dan merasainya
dan lihat seorang budak kecilyang berbicara adakah tidak terasa dengan jeritan seorang kanak kanak perempuan yang mahukan kebebasan dan pembelaan tidakkah terasa hati kecil kita ini melihatkan penderitaan saudara seislam kita yang berada di Palestin maka persoalanya disini dimana perasaan ketika membeli barangan yang diboikot tanpa rasa bersalah seolah olah bangga dengan perbuatan kita itu namun bukan itu sahaja kita melihatkan campur tangan pemimpin islam pada zaman ini hanyalah sekadar retorik sahaja hanya sedap berbicara namun apakah tindakan yang dibuat malangnya hanyalah menjadi boneka kepada yahudi untuk kepentingan diri sendiri.
Disini juga dengan sebuah yang mana menuntut supaya kita umat islam ini perlu bersatu iaitu tajuk lagu yang berjodol stand all.
dan ini merupakan lirik lagunya hayatilah maksudnya
i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
see you and i are one in the same
we feel a need to change
don't wanna blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no muslim nation
don't we got a name to protect
realize this we got islam on our back
representing truth
how can we survive it ain't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and i'll shout it out
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
i can see the pain
i can take the blame
i can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me prayin cuz i'm on my knees
now prayin for the day that we all can live
prayin for the day that i teach my kids
all the right and wrong
i gotta stay strong
say it one more time
my people stand tall
my people just stand tall
woah my people just stand tall
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
my people just stand tall
wahai saudaraku ingatlah kita perlu sedar dari tidur jangan kita leka dengan mainan yahudi ingat kita adalah umat di akhir zaman kita perlu membina satu kesedaran yang kuat dan perlu bersatu seperti yang tertera didalam lirik l.dfan dengan marilah samasama kita berdoa supaya seluruh umat islam dicabut atau disembuhkan daripada penyakit wahan...amin
dibawah tertera barangan yang diboikot.
BRANDS & LABELS TO BOYCOTT
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() |








































































